Nasi Beriani Gam…wonder if i could do it????

November 25, 2008 at 4:09 pm (Uncategorized) ()

hehe…hari ni rajin sy post blog…well, byk request2 dr kwn2…nk resepi lain pulak… ha ni, resepi edham pulak nk…ha ni respi y ko nk…nasi beryani gam johor….jgn x cuba ae…

beriani

Bahan – bahan

500 gm beras Basmathi – dibersihkan dan ditoskan
1250ml air .
4 sm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 camca teh koma – koma atau pewarna kuning
2 camca teh esen ros
500 gm daging lembu atau ayam – dipotong kiub
3 biji bawang besar}
5 biji cili hijau }
5 ulas bawang putih}dikisar
4sm halia } halus
2 camca besar rempah beriani
2 tangkai daun ketumbar }
3 tangkai daun pudina }
3 biji tomato }dipotong kecil
100gm bawang goreng
150 ml susu sejat
sedikit buah gajus
sedikit garam
sedikit tepung gandumdicampur air untuk dijadikan bahan gam di tepi bekas nasi
.

Cara membuatnya

1. Masak beras dengan air, kulit kayu manis,buah pelaga , bunga cengkih dan buah gajus dan biar didih hingga ¾ masak. Angkat dan toskan . Ketepikan.
2. Gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
4. Kemudian gaulkan daging bersama rempah beriani,daun ketumbar dan pudian yang dipotong kecil , tomato dan bawang goring.Goreng hingga garing dan masukkan susu.
5. Sediakan sebuah bekas dan ambil ¼ bahagian nasi dan ratakan .Ratakan pula daging yang telah dimasak dan renjiskan pewarna kuning atau koma – koma dan esen ros .
6. Ulangi proses hingga menjadi 4 – 5 lapisan nasi dan daging.Apabila selesai ,tutup bekas dengan penutupnya dan tampal sekeliling bekas dan penutupnya dengan bahan tepung.
7. Biar diatas api hingga berwap dan angkat. Buka penampal tepung dan hidang nasi

Hidangan nasi ini biasanya dihidangkan bersama kurma ayam dan telur pindang.

Permalink 4 Comments